Sambutan Hari Guru pada hari ini bagi mengenang jasa dan pengorbanan
guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak-anak bangsa. Dengan
pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara dan
modal insan yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan
negara Malaysia yang berjaya. Hal ini bertepatan dengan tema Hari Guru
pada tahun ini "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan
Negara". Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, Warga
Sekolah Kebangsaan Pinji tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan
Hari Guru peringkat sekolah tahun 2012 dengan pelbagai aktiviti seperti
bacaan doa, bacaan ikrar, nyanyian lagu-lagu, tayangan siaran langsung Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012, ucapan wakil guru, sukaneka dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan