Selasa, 31 Julai 2012

Majlis Persaraan Ustazah Zaharah

 Ustazah Zaharah memberi ucapan untuk kali yang terakhir di SK Pinji.

SK Pinji telah mencipta sejarah kali ke-2 apabila sekali lagi majlis persaraan telah berlangsung di sekolah ini.  Jika kali pertama dulu adalah bagi persaraan bekas seorang guru  sekolah ini iaitu Tuan Hj Abdul Ghani b. Abdullah, kali ini pula ialah Penolong Kanan HEM SK Pinji iaitu Ustazah Zaharah bt Zakaria. Majlis yang penuh emosi ini telah diadakan pada hari Selasa 31 Julai 2012.

Selamat bersara kepada Ustazah Zaharah semoga sihat dan tenteram sentiasa bersama keluarga. Jasa Kak Arah kepada kepada guru-guru, kakitangan dan terutama sekali murid-murid yang telah dididik oleh Kak Arah sentiasa dikenang.

Persembahan Sajak oleh Pn. Aisah dan Pn. Murni.


 Persembahan yang penuh emosi oleh Pn. Adibah.


 Penyerahan sijil Penghargaan kepada Ustazah Zaharah oleh Guru Besar, Pn. Norasikin bt. Abdullah.


 Tandatangan terakhir pada buku kedatngan di SK Pinji.


Warga SK Pinji dan Ustazah Zaharah bergambar untuk kali terakhir di SK Pinji

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini yang amat bermakna ini. Sekian, terima kasih.


Khamis, 19 Julai 2012

Majlis Sambutan Di Ambang Ramadhan 2012

Majlis ini akan diadakan pada 20.07.2012 (Jumaat).
Sekolah juga telah menjemput Tn. Hj. Wan Ahmad Salahuddin b. Wan Ahmad Rafaii - Pen. Pengarah Pengurusan Institusi Agama (IPA) JPN Perak untuk memberikan ceramah sempena kedatangan bulan yang mulia ini.

Kemaskini!...  20.07.2012 (Jumaat)
Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar sekali. Diharap semua warga SK Pinji mendapat manfaat dari perkongsian ilmu dari Tn. Hj. Wan Ahmad Salahuddin b. Wan Ahmad Rafaii. 
 
Terima kasih kepada Guru Besar Pn. Norasikin bt Abdullah kerana telah menaja makan kepada kami. Alhamdulillah sedap sangat!

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Insyallah kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini. Ramadhan adalah bulan yang penuh baraqah, dimana di bulan suci ini diturunkannya Kitab suci Al-Qur’an yang merupakan petunjuk bagi manusia. Sungguh menggembirakan sekali menyambut datangnya Bulan Ramadhan, bulan ini dipilih sebagai bulan untuk berpuasa, melaksanakan kewajiban kita sebagai ummat muslim yang taat terhadap perintahNYA.

Mengambil kesempatan ini, pihak sekolah ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam terutama warga SK Pinji. Ambilah peluang ini untuk menambahkan amalan sebanyak yang boleh. Insyallah...

Rabu, 18 Julai 2012

Kem Bestari Solat 2012 SK Pinji

Alhamdulillah, Kem Bestari Solat telah berjaya dijalankan di Sk Pinji. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Tayangan video, Latihan Dalam Kumpulan yang dibimbing oleh guru-guru dan Amali Solat. Antara pengisiannya ialah tertib wudu', bacaan doa, penilaian serta amali solat. Murid-murid yang hadir kelihatan comel dengan baju kurung dan baju melayu mereka.

Walaubagaimanapun perkara yang lebih penting ialah semua murid seharusnya menghayati tujuan kem ini dijalankan. Segala pengisian dan ilmu yang diperoleh perlu diamalkan demi membentuk diri sebagai muslim sejati.

 Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat, ustazah dan ustaz dalam menjayakan program ini, Jazakumullahu khairan kathira. Diharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang, Insyallah.

Bulan Dakwah 2012

 

Rabu, 11 Julai 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2012

Murid-murid tahun 6 sedang menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR 2012. Semoga peperiksaan ini menjadi pengukur tahap pencapaian UPSR untuk semua pelajar. Warga SK Pinji amat berharap tahun ini dan tahun-tahun seterusnya pelajar-pelajar kami akan terus melakarkan sejarahnya yang tersendiri.

 Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR 2012

Selasa, 10 Julai 2012

Terkini SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012

TERKINI:  
Alhamdulillah..selesai sudah SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA..Jutaan terima kasih kpd semua guru, staf sokongan, murid-murid, para ibu bapa yang turut hadir seterusnya individu yang terlibat secara atau tidak langsung dalam menjayakan program pada hari inie. Kalian semua sporting habis la...chaiyok..chaiyok... .-Adibah Abdullah


Sabtu, 7 Julai 2012

Update Kejohanan Balapan Dan Padang Kali Ke-10 2012 SK Pinji Ipoh

Kejohanan Balapan dan Padang (SUKAN SEKOLAH) kali ke-10 telah dirasmikan oleh En. Zulkafli B. Md Lasi, YBP PIBG SK Pinji. Acara sukan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontijen-kontijen rumah sukan, Pengakap, TKRS, Puteri Islam, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas. Kemudian bacaan ikrar sukan dan diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Shahudin Bin Osman. Seterusnya, ucapan oleh Guru Besar, Pn Norasikin Bt Abdullah dan Ucapan perasmian oleh tetamu jemputan.
Keseluruhannya sukan pada tahun ini sangat meriah dan berjalan dengan lancar sekali. Tahniah kepada rumah HIJAU yang menjadi JUARA pada tahun ini. Acara perbarisan dimenangi oleh TKRS.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan sukan tahunan ini terutamanya kepada Jawatankuasa Pengelola Sukan, Perasmi En. Zulkafli B. Md Lasi, PIBG SK Pinji, Staf Sokongan, Pekerja Swasta, Ibu Bapa, Guru-Guru, serta semua pihak dan individu yang telah memberi sumbangan dan tenaga secara langsung bagi menjayakan Temasya Sukan Tahunan ini. Terima Kasih. Tahun hadapan berjumpa lagi.

Selasa, 3 Julai 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012

Aktiviti Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia adalah kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Aktiviti ini dijangka akan mencatat sejarah di dalam Malaysia Book of Records, “Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”. Pihak Persatuan Ibu Bapa juga digalakkan menyertai aktiviti ini.

Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Dataran Kejat SK Pinji

Masa senamrobik adalah selama 35 minit.