Isnin, 30 Disember 2013

LADAP i-THINK


Selasa, 1 Oktober 2013

Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-11 2013 SK Pinji


Gambar sekitar raptai Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-11 04.10.2013

Gambar sekitar Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-11 2013 SK Pinji dan penangguhan ke hari Isnin 07.10.2013 kerana hujan dan padang basah.

Gambar sekitar Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-11 SK Pinji 07.10.2013 | Jurukamera Sekolah

Gambar sekitar Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-11 SK Pinji 07.10.2013 | Terima Kasih kepada Jurukamera En. Azali di atas perkongsian gambar-gambar ini.

Khamis, 15 Ogos 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-56


Kemaskini 30.08.2013!

Majlis Sambutan Merdekaraya Sk Pinji 2013

Isnin, 5 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Pihak SK Pinji mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua warga SK Pinji dan semua umat Islam. Smoga Allah SWT menerima amalan kita semua.

Selasa, 14 Mei 2013

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Pinji 2013

Tarikh: 16 Mei 2013
Masa: 8:00 – 11:30pm
Tempat: Dewan Terbuka SK Pinji

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Isnin, 13 Mei 2013

Jumaat, 10 Mei 2013

PERTANDINGAN GERAKTARI TRADISIONAL 1 MALAYSIA & ACTION SONG PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2013


Tarikh          : 15 JUN 2013 (Sabtu)
Masa           :  8.00 pagi
Tempat        : SK Pinji, Ipoh
Perasmi          :  HJ. MARAZLEN @ MAR AZLAN BIN AMRAN
                             (Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara)

PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2013



Tarikh         : 18 Mei 2013 (Sabtu)
Masa           :  8.00 pagi
Tempat       : SK Pinji, Ipoh
Perasmi       : En. Badrul Hisham bin Yusoff
                      (Penyelia Kokurikulum PPD Kinta Utara)

Selasa, 7 Mei 2013

Majlis Persaraan Pn. Rohani

Sekali lagi majlis persaraan telah berlangsung di sekolah ini. Majlis persaraan kali ini diadakan  untuk menyambut dan memberi penghormatan kepada Pn. Rohani bt Hamdan yang akan bersara pada 8 Mei 2013.
Warga SK Pinji  mengucapkan selamat bersara kepada Pn. Rohani semoga sihat dan tenteram sentiasa bersama keluarga. Jasa kak Ani tidak akan kami lupakan, semoga Allah memberi rahmat dan keberkatan kepada kita semua. Amin.
Gambar Daripada Jurukamera Cik Siti Shafur

Khamis, 11 April 2013

April sebagai Bulan Sains 2013

Bulan Sains 2013 SK Pinji diadakan sepanjang bulan April 2013. Bulan Sains merupakan aktiviti tahunan Panitia Sains. Antara aktiviti yang dijalankan adalah tayangan video berkaitan Sains sekolah rendah semasa waktu rehat di Dewan Terbuka Sk Pinji. Terima Kasih kepada semua yang terlibat,  tidak lupa juga kepada Briged Bestari yang bersusah-payah menyediakan dan memasang peralatan ICT untuk tayangan video tersebut.

Jumaat, 22 Februari 2013

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT ZON D DAERAH KINTA UTARA 1434 H/2013

Tarikh : 2 Mac 2013 bersamaan 19 Rabiul Akhir 1434
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : SK Pinji

Dirasmikan Oleh :
EN. RAHIM BIN MOHD YUNOS
PENOLONG PPD P. ISLAM & MORAL
PEJABAT PELAJARAN DAERAH KINTA UTARA

TEMA:
”AL-QURAN PENJANA WASATIYAH UMMAH”

KEMASKINI 02.03.2012

Tayangan Slaid Perasmian Penutup

Saringan Hafazan Zon D MTQ 2013

Tarikh: 21.02.2013
Hari: Khamis
Tempat: SK Pinji
Peserta terlibat adalah seramai 27 orang terdiri daripada 14 orang lelaki dan 13 perempuan mewakili sekolah-sekolah Zon D.


Rabu, 20 Februari 2013

Saringan Hafazan Zon C MTQ 2013

Tarikh: 20.02.2013
Hari: Rabu
Tempat: SK Pinji
Peserta terlibat adalah seramai 26 orang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 11 perempuan mewakili sekolah-sekolah Zon C


Jumaat, 25 Januari 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434 H / 2013 M


Rasul junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun Gajah. Sebagai tanda ingatan terhadap rasulullah s.a.w, pihak sekolah telah memilih tanggal 25 Januari 2013 untuk mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Hari: Jumaat
Masa: 7:10 - 8:40am
Tempat: Dewan Terbuka, SK Pinji
Tema: Marhaban Ya Rasulullah, Hadirmu Dinanti Pergimu Ditangisi.

Anjuran:
Jawatankuasa Dakwah
Penitia Pendidikan Agama Islam
Sekolah Kebangsaan Pinji.

Rabu, 2 Januari 2013

Suasana Sesi Pendaftaran Prasekolah & Tahun 1


Selamat Kembali ke sekolah warga Sk Pinji... Tahun 2013

Selamat kembali ke sekolah buat semua murid dan guru di SK Pinji. Semoga tahun ini sekolah kita akan mengecapi kejayaan yang lebih cemerlang berbanding tahun yang lalu.