Khamis, 30 Ogos 2012

Majlis 4 dalam 1

Kemaskini!

Alhamdulillah... Semua majlis telah selesai dan berjalan dengan lancar sekali. Majlis ini dimulakan dengan Majlis Di Ambang Kemerdekaan di dataran kejat SK Pinji. Semua guru dan murid menyanyikan lagu-lagu patriotik.
Majlis disambung dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dimana kebanyakan murid dan guru membawa juadah masing-masing untuk disajikan bersama warga Sk Pinji. Turut hadir bersama memeriahkan suasana majlis adalah NYDP PIBG SK Pinji, En. Mohd Helmi b. Abdullah dan AJK PIBG SK Pinji, En. Shanmugam a/l Sadasivam. Selain itu, pihak SK Pinji meraikan hari lahir En. Shahudin b. Osman dan En. Muhamad Hazwan b. Zainuddin dengan membuat kejutan dengan menyediakan acara memotong kek.
Pihak SK Pinji juga meraikan perpisahan En. Nordin b. Ismail di atas pertukaran kenaikan pangkat beliau ke PPD Kinta Utara. Tahniah Sir. Nordin, semoga mendapat lebih kejayaan pada masa hadapan.
Warga Sk Pinji juga meraikan kedatangan rombongan PK Pentadbiran yang baru Tuan Syed Azmai b. Syed Yeop dari sekolah lama beliau iaitu SK Pengkalan. Rombongan ini disertai oleh Guru Besar, para pentadbir, guru-guru dan staff SK Pengkalan dengan menaiki 4 buah kenderaan jenis Honda. 

Gambar-gambar Sambutan Di Ambang Kemerdekaan


Gambar-gambar Sambutan Hari Raya Aidilfitri


Gambar-gambar Menyambut Rombongan PK Pentadbiran Yang Baru

Rabu, 29 Ogos 2012

Majlis Di Ambang Kemerdekaan & Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012

Sekolah akan mengadakan Majlis Di Ambang Kemerdekaan dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 pada esok bersamaan 30.08.2012 (Khamis).

Semua murid yang menyambut Hari Raya Aidilfitri boleh membawa juadah masing-masing ke sekolah esok.


Isnin, 27 Ogos 2012

Ucapan Takziah kepada Cikgu Tajaurol dan Cikgu Fauzul

Pihak SK Pinji Ipoh ingin mengucapkan takziah kepada Cikgu Tajaurol di atas pemergian ibundanya buat selama-lamanya kerana terlibat di dalam kemalangan jalanraya. Ucapan takziah juga kepada Cikgu Fauzul di atas pemergian adiknya yang  juga terlibat di dalam kemalangan jalanraya. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. Marilah kita sama-sama membaca Al-Fatihah / Yaasin untuk disedekahkan kepada Allah-yarham/yarhamah.
Link untuk berita kemalangan adik Cikgu Fauzul... 
1. Harian Metro
2. NTV 7

UPSR 2012

Tamatlah sudah cuti persekolahan sempena Hari Raya Aidilfitri selama 10 hari. Walaupun begitu, bermacam-macam gelagat murid dapat diperhatikan. Ada juga murid yang masih menyambung cuti raya dan tidak hadir ke sekolah.
Walaupun suasana raya masih di rasai oleh semua tetapi murid-murid Tahun 6 tidak dapat beraya dengan senang hati memandangkan 2 minggu lagi iaitu bermula 11 September 2012 sehingga 13 September 2012 akan bermulalah satu perjuagan hidup mati bagi penentuan masa depan mereka. Pada tanggal tersebut, Peperiksaan UPSR akan bermula.

Semoga berjaya pada semua murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2012.

Jadual UPSR 2012



Khamis, 16 Ogos 2012

Majlis Penyampaian Duit Raya & Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2012


Alhamdulillah, selesai sudah majlis Majlis Penyampaian Duit Raya dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2012. Majlis ini telah diadakan di Dewan Terbuka SK Pinji. Antara yang menarik pada Majlis Penyampaian Duit Raya ini adalah kehadiran Tuan Syed Muhammad Bin Sikintar Bacha, Pengurus Al-Matham Syed Corner Restoran bagi menyampaikan sumbangan duit raya kepada 23 orang murid yatim dan miskin. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada En Mohd. Helmi bin Abdullah, NYDP PIBG SK Pinji yang turut hadir memeriahkan suasana majlis.

Pihak SK Pinji Ipoh ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dan juga Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua terutama warga Sk Pinji, Ipoh. Hati-hati apabila memandu bagi yang memandu jauh untuk pulang berhari raya ke kampung.








Jumaat, 10 Ogos 2012

Selamat Hari Lahir kepada Pn Norasikin bt Abdullah, Guru Besar SK Pinji Ipoh.



Kami warga SK Pinji Ipoh mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Pn. Norasikin bt. Abdullah, Guru Besar SK Pinji Ipoh. Semoga panjang umur, mendapat kesihatan yang baik dan dirahmati Allah SWT. Aminn... 






Rabu, 8 Ogos 2012

Majlis Berbuka Puasa dan Tazkirah 2012


Majlis Berbuka Puasa dan Tazkirah anjuran Kelab Guru dan AJK Dakwah SK Pinji akan diadakan pada:-
Hari: Khamis
Tarikh: 9 Ogos 2012
Tempat: Surau

Aturcara Majlis:-
5:30 ptg : Ketibaan para jemputan
6:00 ptg : Tazkirah oleh Ustaz Haji Kamaruddin Bin Haji Adam (Jabatan Mufti Negeri Perak)
7:33 ptg : Berbuka Puasa (Makanan Ringan)
              : Solat Maghrib
              : Jamuan Makan Malam
              : Bersurai

*Pakaian : Baju Kurung / Jubah untuk wanita
  Baju Melayu untuk lelaki.


Jumaat, 3 Ogos 2012

Sambutan Nuzul Al-Quran


SK Pinji akan mengadakan Sambutan Nuzul Al-Quran pada 3 Ogos 2012. Sekolah turut menjemput penceramah dari luar iaitu Tn Hj Mohd Fadli b. Hj. Abu Bakar (Pen. Pengarah Pengurusan Kepimpinan Sektor Pend. Islam JPN Perak.)

Rabu, 1 Ogos 2012

Bulan Kemerdekaan 2012

Gegantung sempena 55 tahun kemerdekaan SK Pinji Ipoh