Isnin, 5 Januari 2009

Sesi Persekolahan 2009 Bermula


Monday, 05 January 2009
Assalamualaikum dan Salam perpaduan...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya hari ini kita dapat memulakan sesi persekolahan tahun 2009. Begitu Pantas masa bergerak meninggalkan 1001 kenangan di tahun 2008. Tahniah diucapkan kepada semua ahli keluarga SK Pinji yang telah berjaya mencapai 63.3% kelulusan bagi UPSR dengan 3 orang murid mendapat keputusan 5A. Lonjakan ini adalah hasil dari usaha atau amal ikhlas yang bersungguh-sungguh oleh semua pihak semenjak anak didik ini menuntut di tahun 1.
Sesi persekolahan pada hari pertama dimulakan dalam cuaca yang cukup baik sama seperti penampilan murid-murid serta guru-guru pada hari ini yang cerah berseri. Sempena tahun baru ini juga SK Pinji mengalu-alukan kedatangan 9 orang warga baru iaitu Penolong Kanan Pentadbiran, 2 orang guru Pendidikan Khas dan 6 orang guru perdana. Di harap dengan kehadiran ahli baru SK Pinji ini akan dapat merealisasikan visi dan misi SK Pinji dan terus membawa SK Pinji ke mercu kejayaan..InsyaAllah...


Terdapat pertambahan kelas bagi aliran perdana jika dibandingkan hanya 7 kelas pada tahun 2008. Pada tahun ini tahap dua dibahagikan kepada 2 kelas yang membawa kepada jumlah keseluruhan kelas perdana di SK Pinji berjumlah 9 buah.

Tahun 6 Gemilang dan Tahun 6 Cemerlang





Tahun 5 Gemilang danTahun 5 Cemerlang

Cuci habuk..al-maklum le hampir 2 bulan tidak bertugas..betulkan murid-murid..


Murid Tahun 4 Gemilang dan 4 Cemerlang..

Hmm..nampaknya dua-dua kelas ni dipegang oleh cikgu baru..bertuah lah ya..selamat datang cikgu Azmi dan Cikgu Hamid ke SK Pinji..



Belajar sungguh-sungguh ye nak.. Murid Tahun 3 Bestari


Selamat datang juga buat cikgu Norlela..guru kelas 2 Bijak.

Cikgu Rohani sibuk melayani ibu bapa murid Tahun 1 Pintar.


Bagi Pendidikan Khas pula, 7 buah kelas dibuka bagi anak didik istimewa dan menghadapi masalah pembelajaran. Namun di bawah Projek PINJI (Penjana Ilmu Nilai Jiwa Insan) jumlah kelas dikecilkan menjadi 4 kelas. Selain itu SK Pinji juga mempunyai sebuah Prasekolah yang menyediakan pendidikan bagi murid yang berumur 6 dan 5 tahun.
mana mak ni...tak nampak pun..tadi janji nak tunggu saya..


...Murid prasekolah...