Profil Sekolah



Kod dan Nama Sekolah
ABA2064 – Sekolah Kebangsaan Pinji Ipoh
Alamat
Persiaran Bunga Raya, 31650 Ipoh.
PPD
PPD Kinta Utara
Nombor telefon / faks
05-3211778
Sesi
Pagi
Jenis Bantuan
Sekolah Kerajaan
Jenis Murid
Lelaki & Perempuan
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Lokasi sekolah
Bandar
Aras sekolah
B
Guru Besar
Pn. Norasikin Bt Abdullah
Laman web
http://skpinji.blogspot.com
Alamat e-mel
Skpinji@yahoo.com
Waktu Berurusan
Isnin – Khamis : ( 8.00 pg – 1.00 ptg, 2.00 ptg – 4.30 ptg. )
Jumaat : ( 8.00 pg – 12.15 ptg, 2.45 ptg – 4.30 ptg. )
 Sabtu & Ahad/ Cuti Am : TUTUP


VISI SEKOLAH
Melonjakkan Kecemerlangan dalam pencapaian kurikulum,
kokurikulum, sahsiah dan imej sekolah.

MISI SEKOLAH
Menyediakan Pendidikan Berkualiti dan berkemampuan kepada semua murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui usaha-usaha berikut:
1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus.
2. Mencemerlang akademik yang berasaskan pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran yang berkualiti untuk mencapai keputusan Peperiksaan Awam yang cemerlang.
3. Membentuk sahsiah melalui Program Pembangunan Modal Insan.
4. Pengurusan pembangunan sukan yang berasaskan pendekatan Saintifik dan Inovatif.
5. Pengurusan Kokurikulum yang mantap bagi melahirkan bakat dan potensi murid.

PIAGAM SEKOLAH
Kami Sekolah Kebangsaan Pinji, Ipoh dengan penuh tekad
dan iltizam berikrar berjanji akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk:
1. Memastikan setiap murid mendapat pendidikan
     sempurna bagi memenuhi kehendak individu,
     masyarakat dan negara.
2. Mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang kondusif,
     indah, bersih, sihat dan penyayang.
3. Membimbing murid membentuk sahsiah yang mulia
     melalui amalan nilai-nilai murni.
4. Bekerjasama dan bersatu padu dalam sistem
     pengurusan pendidikan.
5. Memberi perkhidmatan yang mesra dan keyakinan
     kepada ibu bapa dan masyarakat.
6. Komited dan responsif kepada kehendak-kehendak
     Jabatan Pendidikan.
7. Menerima cadangan dan teguran secara positif untuk
     mencapai prestasi kecemerlangan dalam semua bidang.

FALSAFAH SEKOLAH
Memberi pendidikan yang seimbang kepada semua murid
merangkumi aspek-aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan
Intelek bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan
di akhirat.



LOGO SEKOLAH


Definisi Warna
PUTIH
Melambangkan kesucian, keikhlasan dan
kesungguhan dalam mempertingkatkan ketahanan
pelajar yang beradab, berkebudayaandan
berkeperibadian Malaysia.
KUNING
Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan
dan falsafah Rukun Negara.
BIRU
Melambangkan perpaduan pelajar berbilang kaum,
bertoleransi dan berusaha mencapai kecemerlangan
dalam bidang akademik dan kokurikulum yang
berasaskan sains dan teknologi.
MERAH
Melambangkan keberanian dan kecekalan hati untuk
mencapai kejayaan bagi memenuhi cita-cita murni.

Definisi Lambang
1. Bunga Raya bermaksud semua pelajar berjiwa
     kebangsaan dan ikatan perpaduan serta berharmoni.
2. Buku bermaksud semua pelajar berilmu dan
     berwawasan.
3. Api adalah merupakan penyuluh hidup untuk menjaga
    kehidupan yang gemilang.
4. Menara bermaksud semua palajar mempunyai matlamat
    belajar hingga ke menara gading.


MOTO SEKOLAH

Tekad | Iltizam | Cemerlang
- Kemahuan yang bersungguh-sungguh
- Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh
  tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu (komitmen)
- Semangat baik / gilang-gemilang

Tiada ulasan: