Khamis, 11 April 2013

April sebagai Bulan Sains 2013

Bulan Sains 2013 SK Pinji diadakan sepanjang bulan April 2013. Bulan Sains merupakan aktiviti tahunan Panitia Sains. Antara aktiviti yang dijalankan adalah tayangan video berkaitan Sains sekolah rendah semasa waktu rehat di Dewan Terbuka Sk Pinji. Terima Kasih kepada semua yang terlibat,  tidak lupa juga kepada Briged Bestari yang bersusah-payah menyediakan dan memasang peralatan ICT untuk tayangan video tersebut.