Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Sambutan Hari Guru pada hari ini bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak-anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara dan modal insan yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Hal ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, Warga Sekolah Kebangsaan Pinji tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2012 dengan pelbagai aktiviti seperti bacaan doa, bacaan ikrar, nyanyian lagu-lagu, tayangan siaran langsung Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012, ucapan wakil guru, sukaneka dan lain-lain.


Created with flickr slideshow.

Kerja-kerja untuk memasang MonoPole untuk projek 1BestariNet

Kerja-kerja memasang MonoPole untuk projek 1BestariNet sedang dijalankan di SK Pinji. Atas faktor keselamatan, semua murid dinasihati supaya tidak berada berdekatan dengan tempat pemasangan tersebut.




Created with flickr slideshow.

1 BestariNet



SK Pinji telah dipilih antara 10,000 buah sekolah seluruh Malaysia untuk projek KPM iaitu 1 BestariNet. 1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications.  

Dalam projek ini, sekolah-sekolah yang terpilih akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.

Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara pelajar kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. 

Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.


Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang 1 BestariNet.

Isnin, 14 Mei 2012

KURSUS PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN SEKOLAH PERAK 2012

 
KURSUS PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN SEKOLAH PERAK 2012 telah diadakan di SK Pinji, Ipoh. Kursus ini diadakan selama tiga hari bermula pada 14, 15 dan 17 Mei 2012. Antara tempat-tempat yang terlibat dalam kursus ini adalah Dewan Terbuka, Bilik Perkembangan, Bilik Tayangan dan Bilik Gerakan. 

Gambar-gambar sekitar Kursus Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan Sekolah Perak 2012

 


Link dari Portal PPDKU di bawah tajuk  KURSUS PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN SEKOLAH PERAK 2012

Jumaat, 11 Mei 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012



Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012 SK Pinji, Ipoh akan diadakan pada 16 Mei 2012 (Rabu). Semua warga sekolah juga diminta mengikuti siaran langsung Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012 melalui RTM1, Eduwebtv dan siaran radio terpilih.