Jumaat, 30 September 2011

Jamuan Raya Kelas 6 Cemerlang

Jamuan raya untuk Tahun 6C telah diadakan pada 30 September 2011 bertempat di kelas 6C. Pelbagai juadah disediakan seperti roti canai, lemang dan rendang, mee dan bihun goreng, kuih raya dan banyak lagi oleh guru kelas, Cikgu Siva Naidu dan murid-muridnya. Guru Besar, Pn Hjh Umi bt Othman juga turut hadir merasmikan dan memeriahkan majlis ini. Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada Cikgu Siva & murid-murid tahun 6C.

Guru Besar, Pn Hjh Umi bt Othman merasmikan majlis.



Khamis, 29 September 2011

Pelancaran Penutupan Bulan Kemerdekaan

Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 54 telah dijalankan di sepanjang bulan Ogos dan September. Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah disempurnakan pada 22 September 2011 oleh oleh Guru Besar, Pn. Hjh. Umi bt Othman.
 
Bacaan Doa oleh Ustz Khotib

 Lagu Tema Kemerdekaan ke-54 (Transformasi berjaya, Rakyat sejahtera)




 Guru Besar SK Pinji Ipoh, Hjh Umi bt Othman memberi ucapan penutupan kemerdekaan.

Cik Nurul Adilla menyampaikan sajak kemerdekaan.

Murid-murid Pend Khas juga mengambil bahagian.

Cikgu Rohani dan anak didiknya.

Murid-murid Pra Sekolah

Penyampaian hadiah oleh GB, Hjh Umi bt Othman dan di iringi oleh PK Pentadbiran, En Mohd Nordin Bin Ismail

Penyampaian hadiah oleh PK KOKU, Pn. Zaharah bt Zakaria dan di iringi oleh Cikgu Adibah