Khamis, 23 Mei 2013

Selasa, 14 Mei 2013

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Pinji 2013

Tarikh: 16 Mei 2013
Masa: 8:00 – 11:30pm
Tempat: Dewan Terbuka SK Pinji

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Isnin, 13 Mei 2013

Jumaat, 10 Mei 2013

PERTANDINGAN GERAKTARI TRADISIONAL 1 MALAYSIA & ACTION SONG PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2013


Tarikh          : 15 JUN 2013 (Sabtu)
Masa           :  8.00 pagi
Tempat        : SK Pinji, Ipoh
Perasmi          :  HJ. MARAZLEN @ MAR AZLAN BIN AMRAN
                             (Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara)

PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2013



Tarikh         : 18 Mei 2013 (Sabtu)
Masa           :  8.00 pagi
Tempat       : SK Pinji, Ipoh
Perasmi       : En. Badrul Hisham bin Yusoff
                      (Penyelia Kokurikulum PPD Kinta Utara)

Selasa, 7 Mei 2013

Majlis Persaraan Pn. Rohani

Sekali lagi majlis persaraan telah berlangsung di sekolah ini. Majlis persaraan kali ini diadakan  untuk menyambut dan memberi penghormatan kepada Pn. Rohani bt Hamdan yang akan bersara pada 8 Mei 2013.
Warga SK Pinji  mengucapkan selamat bersara kepada Pn. Rohani semoga sihat dan tenteram sentiasa bersama keluarga. Jasa kak Ani tidak akan kami lupakan, semoga Allah memberi rahmat dan keberkatan kepada kita semua. Amin.
Gambar Daripada Jurukamera Cik Siti Shafur