Rabu, 16 Mei 2012

1 BestariNet



SK Pinji telah dipilih antara 10,000 buah sekolah seluruh Malaysia untuk projek KPM iaitu 1 BestariNet. 1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications.  

Dalam projek ini, sekolah-sekolah yang terpilih akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.

Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara pelajar kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. 

Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.


Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang 1 BestariNet.

Tiada ulasan: